Thursday, 14 December 2017

UMPAMA KIAMBANG DI AIR, AKARNYA TIDAK JEJAK DI BUMI



Peribahasa umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi membawa maksud tidak tetap pada suatu tempat. Asal usul peribahasa umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi dicipta mempunyai tujuannya yang tersendiri. Peribahasa ini dicipta sebagai teguran, sindiran, nasihat dan amaran kepada masyarakat dahulu hingga kini secara kiasan. Hal ini demikian kerana tidak mahu menyinggung perasaan orang lain dan peribahasa merupakan kiasan yang boleh digunakan dan diterima oleh masyarakat.

Peribahasa umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi wujud kerana disebabkan beberapa perkara yang berlaku pada masyarakat dahulu hingga era moden sekarang. Melalui konteks peribahasa ini, saya memfokuskan kepada sikap seseorang ataupun individu itu sendiri yang tidak tetapkan pendirian dan sikap yang suka berubah-ubah. Orang tua-tua zaman dahulu umpamakan kiambang yang berada diatas air dan berubah tempat mengikut arus air. Oleh itu, diaplikasikan kepada seseorang yang bersikap suka berubah-ubah.


Saya mengaitkan peribahasa umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi dengan literasi internet. Internet pada masa sekarang amat penting kepada semua manusia di seluruh dunia dalam kehidupan seharian. Peribahasa ini dapat dikaitkan apabila kewujudan internet mempunyai pelbagai aplikasi yang selalu berubah mengikut peredaran zaman. Contohnya, tahun-tahun sebelum ini masyarakat menggunakan pendekatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) sebagai alat untuk berkomunikasi dengan orang lain tanpa bersemuka tetapi sekarang wujud aplikasi Whatsapp yang mana lebih elegen dan dapat berkomunikasi dengan lebih ramai orang dan panggilan video.


 


semasa menghasilkan karangan peribahasa


No comments:

Post a Comment