Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Saya Mastura
Binti Azizan dan saya dikenali sebagai mas oleh sahabat karib sahaja.
Saya dilahirkan di Hospital Besar, Alor Setar, Kedah. Saya mendapat
pendidikan awal di Sek Keb Mergong. Pada peringkat sekolah menengah saya
mendapat pendidikan di SMK Tunku Abdul Rahman dan juga melanjutkan pelajaran
peringkat STPM di sana. Kemudian saya mendapat tawaran pengajian di USM dalam
bidang ijazah Sarjana Muda Sastera.
Bapa saya bernama Azizan Bin Ibrahim. Beliau bekerja sebagai
operator pengeluaran di Continental Sime Tyre dan ibu saya Sharipah Binti Saad
merupakan suri rumah sepenuh masa. Saya merupakan anak keempat daripada lima
orang adik beradik. Abang sulung dan abang kedua bekerja sebagai jurutera. Abang
yang ketiga sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UITM)
dan adik perempuan saya bersekolah di SMK Sharifah Rodziah.
Sebagai pelajar HMT 213, ini adalah salah satu platform
untuk saya meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek. Selain itu, ia
juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi semasa berhadapan dengan khalayak
ramai dengan penuh keyakinan.
No comments:
Post a Comment