Thursday, 14 December 2017

UMPAMA KIAMBANG DI AIR, AKARNYA TIDAK JEJAK DI BUMI



Peribahasa umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi membawa maksud tidak tetap pada suatu tempat. Asal usul peribahasa umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi dicipta mempunyai tujuannya yang tersendiri. Peribahasa ini dicipta sebagai teguran, sindiran, nasihat dan amaran kepada masyarakat dahulu hingga kini secara kiasan. Hal ini demikian kerana tidak mahu menyinggung perasaan orang lain dan peribahasa merupakan kiasan yang boleh digunakan dan diterima oleh masyarakat.

Peribahasa umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi wujud kerana disebabkan beberapa perkara yang berlaku pada masyarakat dahulu hingga era moden sekarang. Melalui konteks peribahasa ini, saya memfokuskan kepada sikap seseorang ataupun individu itu sendiri yang tidak tetapkan pendirian dan sikap yang suka berubah-ubah. Orang tua-tua zaman dahulu umpamakan kiambang yang berada diatas air dan berubah tempat mengikut arus air. Oleh itu, diaplikasikan kepada seseorang yang bersikap suka berubah-ubah.


Saya mengaitkan peribahasa umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi dengan literasi internet. Internet pada masa sekarang amat penting kepada semua manusia di seluruh dunia dalam kehidupan seharian. Peribahasa ini dapat dikaitkan apabila kewujudan internet mempunyai pelbagai aplikasi yang selalu berubah mengikut peredaran zaman. Contohnya, tahun-tahun sebelum ini masyarakat menggunakan pendekatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) sebagai alat untuk berkomunikasi dengan orang lain tanpa bersemuka tetapi sekarang wujud aplikasi Whatsapp yang mana lebih elegen dan dapat berkomunikasi dengan lebih ramai orang dan panggilan video.


 


semasa menghasilkan karangan peribahasa


Sunday, 8 October 2017

KENALI DIRI

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Saya Mastura Binti Azizan dan saya dikenali sebagai mas oleh sahabat karib sahaja.

Saya dilahirkan di Hospital Besar, Alor Setar, Kedah. Saya mendapat pendidikan awal di Sek Keb Mergong. Pada peringkat sekolah menengah saya mendapat pendidikan di SMK Tunku Abdul Rahman dan juga melanjutkan pelajaran peringkat STPM di sana. Kemudian saya mendapat tawaran pengajian di USM dalam bidang ijazah Sarjana Muda Sastera.

Bapa saya bernama Azizan Bin Ibrahim. Beliau bekerja sebagai operator pengeluaran di Continental Sime Tyre dan ibu saya Sharipah Binti Saad merupakan suri rumah sepenuh masa. Saya merupakan anak keempat daripada lima orang adik beradik. Abang sulung dan abang kedua bekerja sebagai jurutera. Abang yang ketiga sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UITM) dan adik perempuan saya bersekolah di SMK Sharifah Rodziah.


Sebagai pelajar HMT 213, ini adalah salah satu platform untuk saya meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi semasa berhadapan dengan khalayak ramai dengan penuh keyakinan.

MALANG TIDAK BERBAU

Cuaca yang indah, udara yang segar, pemandangan yang hijau bak berada di hutan belantara...cewah ayat (ayat menenangkan hati)...namun hatiku, perasaanku tak seindah cuaca pada hari tu, ini kerana pada hari keramat bertarikh 6 Oktober 2017 hari jumat penghulu segala hari bukan penghulu segala produk nah... sesuatu telah terjadi dalam hidupku.....

Pada hari tersebut seperti hari-hari biasa yang lain, aku ke kelas (student u katakan). Tapi tanpa disangka sesuatu telah terjadi dalam hidupku. Dalam sedang ku bergurau senda dengan sahabat handaiku, tiba-tiba aku terdengar sesuatu terjatuh. Sepantas kilat aku menoleh ke arah bunyi tersebut perasaan hatiku remuk apabila ku melihat beg kesayanganku terjatuh ke atas lantai (masih terbayang bunyinya). Ternyata begku yang terjatuh tersebut menyimpan sebuah khazanah bernama komputer riba berwarna putih (bukan Qu Putih ye, hehe).

Melihat situasi tersebut, sepantas kilat aku berlari ke arah beg aku. Ternyata semasa aku membukanya semua perasaan bercampur baur (sedih, marah, kecewa) tidak dapat aku gambarkan.Yaaaaaaa... komputer ribaku sudah rosak (skrin pecah retak seribu) serta tidak dapat digunakan lagi. Tergamam aku seketika. Yela komputer riba bukan murah ooiii tambah-tambah lagi kos sara hidup tinggi sekarang ni dan lagipun komputer riba tu tak pernah buat hal dengan aku. Hmm terpaksa ku relakan.
Mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku??? (hehe..,bakal dapat komputer riba  baru kot)